Tuesday 30 September 2014

KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

Onosko dan Newmann (1994) menjelaskan bahawa Pemikiran Aras Tinggi (higher-order thinking) didefinisikan sebagai penggunaan minda secara meluas untuk menghadapi cabaran-cabaran baru. Penggunaan minda secara meluas berlaku apabila seseorang itu perlu mentafsir, menganalisis atau memanipulasi maklumat untuk menjawab soalan atau menyelesaikan masalah yang dikemukakan. Hanya dengan mengaplikasikan maklumat yang telah diperoleh lebih awal untuk menjawab atau menyelesaikan masalah dalam situasi baru mungkin tidak akan membuahkan hasil. Mengikut Zevin (1995), pada kebiasaannya, Pemikiran Aras Tinggi merupakan perluasan maklumat yang sedia ada dalam minda untuk menghasilkan sesuatu yang baru atau asli. Masalah-masalah yang mempunyai pelbagai kemungkinan penyelesaian merupakan nadi kepada Pemikiran Aras Tinggi.


Hots
HOTS merupakan satu program kemahiran berfikir yang menggunakan aktiviti-aktiviti pemikiran peringkat tinggi melalui komputer untuk memperbaiki kemahiran asas, keyakinan sosial dan kemahiran penyelesaian masalah pelajar (Pogrow, 1985). Penguasaan kemahiran dan keyakinan adalah syarat yang penting untuk pelajar melibatkan diri dengan cekap dalam aktiviti pembelajaran yang kompleks.
Sebelum menggunakan komputer, guru mengadakan satu perbincangan pemikiran di mana pelajar diminta menerangkan akibat dari strategi mereka dan guru juga mengutarakan soalan-soalan yang mencabar untuk pelajar selesaikan. Perlaksanaan program HOTS adalah berpisah dari pengajaran kelas yang biasa; di mana HOTS menggabungkan aktiviti komputer yang membolehkan pelajar menguji secara serta merta akibat dari idea mereka terhadap soalan-soalan, dengan kaedah pengajaran yang memberikan peluang kepada pelajar untuk banyak berfikir secara berkesan. HOTS membantu pelajar membina strategi untuk menghubungkan idea-idea mereka secara berkesan.                                                       

AYAT TUNGGAL.

Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat. Ayat tunggal terbina dalam berbagai-bagai jenis ayat sama ada ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah , dan ayat seruan. Pembentukan ayat tunggal boleh terbina daripada subjek dan predikat yang terdiri daripada FN, FK, FA dan FS.
SUBJEK DALAM AYAT TUNGGAL.
(a)       Frasa nama sebagai subjek.
i.                     Tan Kong Joo pelajar sekolah.
ii.                   Buah itu masam.
iii.                  Ibunya sakit.
iv.                 Motosikalnya telah rosak.
v.                   Balai raya ini untuk orang ramai.

(b)      Kata ganti nama diri sebagai subjek.
i.                     Dia anak bongsu.
ii.                   Beliau guru saya.
iii.                  Dia adik Ragunathan.
iv.                 *Itu Bank Rakyat.
v.                   *Ini stesen bas.
(*rujuk kepada Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 102)
Namun demikian, dalam penulisan karangan, murid tidak digalakkan memulakan ayat dengan kata ganti nama tunjuk.

(c)       Kata kerja sebagai subjek.
i.                     Membaca buku ialah hobinya.
ii.                   Bersenam dapat menyihatkan badan.
iii.                  Menyanyi ialah kerjayanya.
iv.                 Mencuri perbuatan yang salah.
v.                   Minum air boleh menghilangkan dahaga.

(d)      Kata adjektif sebagai subjek.
i.                     Cergas bermakna badan sihat.
ii.                   Hijau warna kesukaannya.
iii.                  Harum bau bunga melur itu.
iv.                 Tamak ialah amalan yang keji.

PREDIKAT DALAM AYAT TUNGGAL.
(a)       Frasa nama sebagai predikat
i.                     Encik Zulkifli pegawai polis.
ii.                   Kakaknya doktor mata.
iii.                  Bangunan itu kediamannya.
iv.                 Bilik itu stor barang.

(b)      Frasa kerja sebagai predikat
i.                     Dia makan mi goreng.
ii.                   Anjing itu menyalak musuh.
iii.                  Mereka tidur.
iv.                 Adiknya menangis.

(c)       Frasa adjektif sebagai predikat
i.                     Keropok ini sangat rangup.
ii.                   Rumah itu sangat besar.
iii.                  Abangnya sangat bijak.
iv.                 Budak itu baik sungguh.

(d)      Frasa sendi nama sebagai predikat.
i.                     Buku ini untuk adik.
ii.                   Ayah ke Kuala Lumpur.
iii.                  Beliau dari Universiti Sains Malaysia.

iv.                 Wajahnya seperti bintang terkenal itu.

KATA GANTI NAMA DIRI

1.             Maksud
                Kata yang digunakan untuk menggantikan nama orang.

2.             Jenis:
                Terbahagi kepada 3 jenis:
                a.  Kata Ganti Nama Diri Pertama (penutur).
                b.  Kata Ganti Nama Diri Kedua (pendengar)
                c.  Kata Ganti Nama Diri Ketiga (pihak / orang yang diceritakan halnya)

3.             Bilangan penutur / pendengar:
                a.  Tunggal (seorang)
                b.  Jamak (lebih daripada seorang)

4.             Golongan pengguna:
                a.  Masyarakat Moden
                b.  Masyarakat Melayu Lama (klasik)
                c.  Masyarakat Istana / Bangsawan

5.             Contoh Kata Ganti Nama Diri
                a.  Kata Ganti Nama Diri Pertama – menggantikan nama diri orang yang bertutur.
Kata Ganti Diri Pertama
Penggunaannya
aku (tunggal)
Digunakan apabila bercakap dengan kawan biasa atau dengan Tuhan (keakraban)
saya (tunggal)
Digunakan apabila bercakap dengan seseorang yang baru dikenali atau dalam suasana rasmi.
hamba (tunggal)
Digunakan untuk membahasakan diri sendiri pada zaman dahulu.
patik (tunggal)
Digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja atau sultan.
beta (tunggal)
Digunakan oleh raja atau sultan apabila bertitah kepada rakyat.
kami (tunggal)
Digunakan pada diri orang yang berkata serta temannya apabila bercakap dengan orang kedua.
kita (tunggal)
Digunakan pada diri sendiri dengan menyertakan diri orang kedua.

                b.  Kata Ganti Nama Diri Kedua – menggantikan nama diri orang yang diajak bertutur.
Kata Ganti Diri Kedua
Penggunaannya
anda (tunggal dan jamak))
Digunakan  untuk diri orang kedua apabila berhadapan dengan kita.
awak (tunggal)
Digunakan  untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita.
engkau (tunggal)
Digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita dan dengan Tuhan juga (Engkau)
Tuan hamba (tunggal)
Digunakan untuk diri orang kedua pada zaman dahulu (jika kata ganti diri pertama digunakan ‘hamba’ mesti diikuti ‘tuan hamba’ sebagai kata ganti diri kedua)
tuanku (tunggal)
Digunakan apabila bercakap dengan raja atau sultan.
kalian (tunggal)
Digunakan untuk beberapa orang yang diajak bercakap.
kamu (tunggal dan jamak))
Digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita.



                c.  Kata Ganti Nama Diri Ketiga – menggantikan nama diri orang yang diceritakan halnya (orang yang
     diceritakan halnya tidak hadir)
Kata Ganti Diri Ketiga
Penggunaannya
baginda (tunggal)
Digunakan untuk putera-puteri raja, raja atau sultan.
beliau (tunggal)
Digunakan untuk orang yang kita hormati, misalnya ibu bapa, guru dan pemimpin.
Dia dan ia (tunggal)
Digunakan untuk orang yang umum seperti orang biasa dan rakan.
mereka (tunggal)
Digunakan untuk orang yang bilangannya lebih daripada seorang.

6.             Bentuk kesilapan:
               
SALAH
BETUL
Kami tidak harus mengalah sebelum perlawanan bermula,” kata Murthi kepada Azrul.
Kita tidak harus mengalah sebelum perlawanan bermula,” kata Muthi kepada Azrul.
Kereta itu sungguh mahal kerana ianya diimport dari Jepun.
Kereta itu sungguh mahal kerana diimport dari Jepun.
Beliau diberkas kerana terlibat dalam kes penipuan.
Dia diberkas kerana terlibat dalam kes penipuan.
Hamba mohon maaf atas kesalahan hamba,” kata Paduka Ali kepada Sultan Mansor Syah.
Patik mohon maaf atas kesalahan patik,” kata Paduka Ali kepada Sultan Mansor Syah.
Kakitangan syarikat ini sedia menolong engkau.
Kakitangan syarikat ini sedia menolong anda.
Saya ingin berjumpa dengan ia.
Saya ingin berjumpa dengannya.
Mereka-mereka sedang bermain bola di padang.
Mereka  sedang bermain bola di padang.

7.             Ringkasan:
               
Kata Ganti Nama Diri
Tunggal
Bilangan Banyak /  Jamak
Diri Pertama (penutur)
aku
saya
patik
hamba
kami
kita
Diri Kedua (pendengar)
awak
kamu
engkau
encik
cik
saudara
saudari
tuan
puan
anda
tuanku
tuan hamba
awak semua
kamu semua
saudara sekalian
saudari sekalian
encik-encik
cik-cik
tuan-tuan
puan-puan
anda semua
kalian
Diri Ketiga (orang yang diceritakan halnya)
Dia
Ia
Beliau
Baginda
mereka

                

Friday 26 September 2014

UJI KEPANTASAN OTAK

1. Jawab dengan spontan (MESTI CEPAT), tak boleh fikir lama-lama.

2. Baca satu demi satu

3. Fokus.

Permainan fokus warna...

1. Kertas A4 warnanya apa?

2. Awan warnanya apa?

3. Tisu warnanya apa?

4. Lembu minum apa?

5. Kelawar tidur bila?

Yang menjawab malam, maknanya fokus anda terganggu kerana kelawar tidur di siang hari...

1. Warna cendol apa?

2. Daun kelapa warnanya apa?

3. Warna umum rumput?

4. Zirafah makan apa?

Yang jawab rumput, itu salah kerana zirafah makan daun......

Haaa....salah berapa?? cepat mengaku.....jangan senyum sorang2.....enjoy your life.......jangan stress