Profile

Sekolah Kebangsaan Teriang merupakan salah sebuah sekolah yang didirikan pada awal 1904 di daerah ini iaitu sebelum Perang Dunia Pertama. Sekolah ini diberi nama Sekolah Kebangsaan Teriang kerana sekolah ini berdekatan dengan sebatang sungai yang diberi nama Sungai Teriang. Asal bangunan ini adalah beratapkan ijuk, iaitu sebatang kayu hutan yang berlantaikan tanah. Pada asal bangunan, kelas yang terdapat hanyalah sebanyak enam buah sahaja. Pada tahun 1994, binaan untuk bangunan baru telah dijalankan yang mana ia telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Menteri Besar Negeri Sembilan iaitu Dato’ Seri Utama Tan Seri Mohamad Isa bin Hj Abd Samad.

Sebagai sebuah sekolah yang telah didirikan sebelum zaman perang dunia peertama, sudah semestinya ia telah melalui banyak perubahan. Sekolah ini telah didirikan atas kesedaran orang-orang kampung yang memandang tinggi terhadap pendidikan dan mahu generasi mereka bersama dalam arus pendidikan sebagaimana sepatutnya. Walaupun mengalami serba kepayahan, demi kepentingan pendidikan itu mereka berjaya.

Semenjak dari mula penubuhanya, sekolah ini terus mengalami perubahan mengikut perkembangan zaman. Asalnya bangunan beratap nipah bertiang bulat sehingga bangunan konkrit yang bertingkat. Pada tahun 1990, Sekolah Kebangsaan Teriang telah mendapat sebuah bangunan baru dua tingkat mengandungi 8 buah kelas, 2 buah tandas dan bilik stor. Bangunan ini dapat menampung bilangan murid yang semakin meningkat. Sekolah ini juga telah mengalami peningkatan dari semasa ke semasa dalam aspek kurikulum dan kokurikulum.

Sesungguhnya sekolah ini telah menghasilkan ramai anak didik yang telah berjaya dalam banyak bidang seperti pendidikan, perundangan, pentadbiran, penyelidikan, perniagaan, perkilangan dan lain-lain kerjaya. Sehingga sekarang sekolah ini masih lagi aktif dalam mengembangkan setiap potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu bagi melahirkan anak didik yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek dengan menerapkan disiplin yang tinggi melalui amalan nilai-nilai murni.






Visi & Misi 



Visi 

Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang


Misi 


Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan yang Berkualiti

No comments:

Post a Comment